Sabah – Part 4 : Kundsang

Lagi 3 minggu nak pergi Sabah semula , baru entry Sabah 2016 nak complete hari ni. Punyalah lama ambil masa untuk update new entry. Busy mengalahkan PM! Ini pun siap ber-download app WordPress bagai dari Play Store , menaip masa tengah mengantuk kat ofis. Haih! 😥

So back to the main point here , sehari sebelum balik ke Johor hari tu , kitorang habiskan masa kat Kundasang. Heaven gila! Taknak balik! Siapa merengek kat Abang Adi “Abanggg..tak nak balik..tak nakkk balikkk”. Hahahhaa LOL-

Dari KK ke Kundasang ambil masa about 3 jam. Pagi tu , Syed bangun awal gila , buatkan breakfast untuk kitorang, lepas makan packing terus bertolak ke Kundasang.

On the way ke Kundasang , tempat pertama kitorang singgah adalah Jambatan Tamparuli Ranau. Piewwwww keluar peluh jantan betina semua kat sini. Masa turun dari van , semua macam “Fuyohhhhh” , lepas posing-posing satu dua gambar , mula nak cross jambatan je , haaaaa mula dengar suara jerit-jerit. Memula Kakju cross , satgi tak sampai tengah dia patah balik. Pastu Angah , berjaya sampai hujung. Pastu aku , Masya Allah! Berpinar kepala , darah gemuruh turun naik! Patut Kakju buat u-turn! Serammmm gila. 

Abang Adi cakap Jambatan Tamparuli tu 1/10 je seram dia dari Canopy walk yang nak buat nanti. Aku cuma mampu istighfar je bila dengar statement tu. Kegilaan apakah ini.

Kat jambatan ni tiada sebarang bayaran dikenakan. Kau cuma bayar guna kekentalan hati nurani je. Hahahahatakkelakar-
So lepas tu kitorang berhenti kat Pekan Nabalu. Pekan ni kecil je, aura sejuk gunung dah boleh rasa kat sini. Pekan ni jual banyak barang-barang souvenir dan buah-buah tempatan , barang-barang local. Beli t-shirt or Keychain kat sini lagi murah dari kat Pasar Philippines. Serious weyh! 

Cerita kelakar masa kitorang kat sini , masa nak masuk toilet, nak lepaskan water-small , so ofkoslah kena buka seluar , duduk proper kat toilet bowl kan , tiba-tiba…. aku terjerit “AAAAAAAAAAAAA!!”. Pastu dengar suara angah dari luar “Oi kencing pun nak over ke?”. Lepas habis hajat , aku pun keluar , baru je nak explain kenapa terjerit , tetiba dengar Syed pula terjerit “AAAAAAAA SEJUKKKKKKK!!!”

Bayangkanlah kawan-kawan.

Bayangkan.

Grrrr…Tapi angah , Kak Onah dengan Kakju tak percaya dengan kesejukkan mangkuk jamban dia. Tu belum kau ceduk air untuk bersuci…Ermm. Ok. Takpe. Tak caye eyy…

So on the way ke Kundasang , telinga akan jadi pop-pop. Then kau taulah yang kau memang makin dekat dengan gunung. Excited!

Before sampai kat homestay , kitorang pergi Kinabalu Park , Canopy Walk & Hot Poring , Kg Luanti

  • Kinabalu Park biasa-biasa je. Luar biasa kalau kau nak mendaki gunung. Kalau just for site visit , very the biasa-biasa one.
  • Canopy Walk perghhhhhhhh! . Stamina kena tinggi oi. Kalau macam aku yang jenis stamina-mina-eyh-eyh-waka-waka-eyh-eyh ni , memang mencarut je dari awal sampai akhir. Aku tak nak tunjuk gambar. Tiada yang sempurna gituuuu-
  • Kg Luanti best main ikan! Kau bayang , dalam bebanyak ikan tu ada seekor ikan keli besar lengan main-main manja kat kaki. Mengucap aku tak berhenti.

View dari Kinabalu Park :

Kg Luanti

Masa jalan-jalan kat Kinabalu Park , Kak onah , Angah dengan Kakju pergilah toilet untuk water-small business.  Hahahaha! Hambik part memasing terjerit sorang-sorang bila toilet bowl menyapa punggung. Pastu barulah sorang-sorang “PERGH GILA LAH ! SEJUKKK OI! TEMASUK BALIK KENCING AKUUU! BETULLAH CAKAP KAU WEYH SEJUKKKK” . Sengal . 

Cerita toilet bowl ni tak habis kat sini je , melarat ke homestay , ke tempat lain juga. As long as kau dekat dengan gunung , sedia jelah untuk kekecutan secara tetiba. Apa yang kecut , aku tak nak cakaplah…

Pukul 4 petang , Kundasang dah mula nak gelap. Cari-cari homestay , rupanya homestay kitorang berdepan dengan Gaya Street. Kat sini sayur selonggok RM4 , bunga ros , bunga orkid ,strawberri celup chocolate, memacam ada!

Sampai je kat homestay, macam biasalah , aktiviti berebut bilik terjadi 😂 Aku selaku orang yang suka curi tulang bila kena angkat barang , terus acah-acah check rumah bila yang lain mengangkut barang. 

So bilik OK , toilet OK , TV , Iron semua OK..Check dapur pula semua OK. Masa untuk usha tempat BBQ! Alangkah terkejutnya bila buka pintu belakang , what i can see is….

GUNUNG KINABALU!!!
Terus berlari panggil semua orang , keluarkan duit RM100 , comparekan gambar kat duit dengan yang kat depan mata ni. Mulut tak sudah-sudah sebut SubahanAllah . Besar kuasa Allah. Tapi masa ni awan dah sarat , so tak nampak sangat puncak gunung tu. Takpe , kita tunggu esok!

Waktu malam takde benda yang boleh buat selain BBQ parteyhhhh. Sambil BBQ sambil tengok view keliling. Kalau kau boleh nampak kat gambar atas tu, dekat area kaki gunung ada banyak rumah-rumah. Bila malam semua rumah tu akan nampak macam kunang-kunang. Kelip-kelip cahaya kecil. Cantik gila. Lupa terus pasal lampu kelap kelip kat bandar JB or kat ICity ke kan. Yang kat sini memang paling cantik!

Esok semangat kau aku bangun pukul 4.30 pagi sebab nak tengok gunung. Dee pesan kalau nak tengok gunung kena bangun pagi. Even pukul 7 pun awan dah tebal. So lepas subuh , terus keluar rumah, dalam pukul 6.30 gitu…ternganga mulut! 

Besar kuasa Kau.

Kerdil aku didepan ciptaan Mu.

Bila dah boleh move on , barulah bersiap-siap. Oh harini last day kat Sabah. Sedih…
Pagi tu kitorang melawat Desa Cattle Dairy Farm. Ni lagi satu masalah. Yogurt, susu, waffle, sausage dia ….sedapppppp gila!!! Apa je yang tak gila bagi aku kat Sabah ni , takde. Semua BEST GILA , SYIOK GILA , SEDAP GILA.

Walau berkali-kali pergi , Sabah tetap yang paling best!!

Sebab tu bulan March ni nak repeat lagi! Hahahaha! Byeeeeee 😙

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s