Category: Ainn Little Adventure

Sabah – Part 4 : Kundsang

Lagi 3 minggu nak pergi Sabah semula , baru entry Sabah 2016 nak complete hari ni. Punyalah lama ambil masa untuk update new entry. Busy mengalahkan PM! Ini pun siap ber-download app WordPress bagai dari Play Store , menaip masa tengah mengantuk kat ofis. Haih! ūüė•

So back to the main point here , sehari sebelum balik ke Johor hari tu , kitorang habiskan masa kat Kundasang. Heaven gila! Taknak balik! Siapa merengek kat Abang Adi “Abanggg..tak nak balik..tak nakkk balikkk”. Hahahhaa LOL-

Dari KK ke Kundasang ambil masa about 3 jam. Pagi tu , Syed bangun awal gila , buatkan breakfast untuk kitorang, lepas makan packing terus bertolak ke Kundasang.

On the way ke Kundasang , tempat pertama kitorang singgah adalah Jambatan Tamparuli Ranau. Piewwwww keluar peluh jantan betina semua kat sini. Masa turun dari van , semua macam “Fuyohhhhh” , lepas posing-posing satu dua gambar , mula nak cross jambatan je , haaaaa mula dengar suara jerit-jerit. Memula Kakju cross , satgi tak sampai tengah dia patah balik. Pastu Angah , berjaya sampai hujung. Pastu aku , Masya Allah! Berpinar kepala , darah gemuruh turun naik! Patut Kakju buat u-turn! Serammmm gila. 

Abang Adi cakap Jambatan Tamparuli tu 1/10 je seram dia dari Canopy walk yang nak buat nanti. Aku cuma mampu istighfar je bila dengar statement tu. Kegilaan apakah ini.

Kat jambatan ni tiada sebarang bayaran dikenakan. Kau cuma bayar guna kekentalan hati nurani je. Hahahahatakkelakar-
So lepas tu kitorang berhenti kat Pekan Nabalu. Pekan ni kecil je, aura sejuk gunung dah boleh rasa kat sini. Pekan ni jual banyak barang-barang souvenir dan buah-buah tempatan , barang-barang local. Beli t-shirt or Keychain kat sini lagi murah dari kat Pasar Philippines. Serious weyh! 

Cerita kelakar masa kitorang kat sini , masa nak masuk toilet, nak lepaskan water-small , so ofkoslah kena buka seluar , duduk proper kat toilet bowl kan , tiba-tiba…. aku terjerit “AAAAAAAAAAAAA!!”. Pastu dengar suara angah dari luar “Oi kencing pun nak over ke?”. Lepas habis hajat , aku pun keluar , baru je nak explain kenapa terjerit , tetiba dengar Syed pula terjerit “AAAAAAAA SEJUKKKKKKK!!!”

Bayangkanlah kawan-kawan.

Bayangkan.

Grrrr…Tapi angah , Kak Onah dengan Kakju tak percaya dengan kesejukkan mangkuk jamban dia. Tu belum kau ceduk air untuk bersuci…Ermm. Ok. Takpe. Tak caye eyy…

So on the way ke Kundasang , telinga akan jadi pop-pop. Then kau taulah yang kau memang makin dekat dengan gunung. Excited!

Before sampai kat homestay , kitorang pergi Kinabalu Park , Canopy Walk & Hot Poring , Kg Luanti

  • Kinabalu Park biasa-biasa je. Luar biasa kalau kau nak mendaki gunung. Kalau just for site visit , very the biasa-biasa one.
  • Canopy Walk perghhhhhhhh! . Stamina kena tinggi oi. Kalau macam aku yang jenis stamina-mina-eyh-eyh-waka-waka-eyh-eyh ni , memang mencarut je dari awal sampai akhir. Aku tak nak tunjuk gambar. Tiada yang sempurna gituuuu-
  • Kg Luanti best main ikan! Kau bayang , dalam bebanyak ikan tu ada seekor ikan keli besar lengan main-main manja kat kaki. Mengucap aku tak berhenti.

View dari Kinabalu Park :

Kg Luanti

Masa jalan-jalan kat Kinabalu Park , Kak onah , Angah dengan Kakju pergilah toilet untuk water-small business.  Hahahaha! Hambik part memasing terjerit sorang-sorang bila toilet bowl menyapa punggung. Pastu barulah sorang-sorang “PERGH GILA LAH ! SEJUKKK OI! TEMASUK BALIK KENCING AKUUU! BETULLAH CAKAP KAU WEYH SEJUKKKK” . Sengal . 

Cerita toilet bowl ni tak habis kat sini je , melarat ke homestay , ke tempat lain juga. As long as kau dekat dengan gunung , sedia jelah untuk kekecutan secara tetiba. Apa yang kecut , aku tak nak cakaplah…

Pukul 4 petang , Kundasang dah mula nak gelap. Cari-cari homestay , rupanya homestay kitorang berdepan dengan Gaya Street. Kat sini sayur selonggok RM4 , bunga ros , bunga orkid ,strawberri celup chocolate, memacam ada!

Sampai je kat homestay, macam biasalah , aktiviti berebut bilik terjadi ūüėā Aku selaku orang yang suka curi tulang bila kena angkat barang , terus acah-acah check rumah bila yang lain mengangkut barang. 

So bilik OK , toilet OK , TV , Iron semua OK..Check dapur pula semua OK. Masa untuk usha tempat BBQ! Alangkah terkejutnya bila buka pintu belakang , what i can see is….

GUNUNG KINABALU!!!
Terus berlari panggil semua orang , keluarkan duit RM100 , comparekan gambar kat duit dengan yang kat depan mata ni. Mulut tak sudah-sudah sebut SubahanAllah . Besar kuasa Allah. Tapi masa ni awan dah sarat , so tak nampak sangat puncak gunung tu. Takpe , kita tunggu esok!

Waktu malam takde benda yang boleh buat selain BBQ parteyhhhh. Sambil BBQ sambil tengok view keliling. Kalau kau boleh nampak kat gambar atas tu, dekat area kaki gunung ada banyak rumah-rumah. Bila malam semua rumah tu akan nampak macam kunang-kunang. Kelip-kelip cahaya kecil. Cantik gila. Lupa terus pasal lampu kelap kelip kat bandar JB or kat ICity ke kan. Yang kat sini memang paling cantik!

Esok semangat kau aku bangun pukul 4.30 pagi sebab nak tengok gunung. Dee pesan kalau nak tengok gunung kena bangun pagi. Even pukul 7 pun awan dah tebal. So lepas subuh , terus keluar rumah, dalam pukul 6.30 gitu…ternganga mulut! 

Besar kuasa Kau.

Kerdil aku didepan ciptaan Mu.

Bila dah boleh move on , barulah bersiap-siap. Oh harini last day kat Sabah. Sedih…
Pagi tu kitorang melawat Desa Cattle Dairy Farm. Ni lagi satu masalah. Yogurt, susu, waffle, sausage dia ….sedapppppp gila!!! Apa je yang tak gila bagi aku kat Sabah ni , takde. Semua BEST GILA , SYIOK GILA , SEDAP GILA.

Walau berkali-kali pergi , Sabah tetap yang paling best!!

Sebab tu bulan March ni nak repeat lagi! Hahahaha! Byeeeeee ūüėô

Sabah : Part 3 – Pantai Tanjung Aru , Sabah State Museum & Heritage Village , Cocoa Boutique Kota Kinabalu

#DAY2

Hahaha! Look at my tittle , too long , many  words fit in sekali jalan.

Ya. Cerita hampir basi. Tapi sebab tadi Lydy cerita pasal trip ke Sabah , baru teringat entry ni dah duduk dalam draft box berbulan-bulan.

By the way , untuk lengkapkan cerita selepas kitorang balik dari pulau hari tu , around ¬†2 or 3PM,¬† kitorang ¬†meet up balik dengan Abang Adi. Sampai je kat van , terus serbu 7Eleven depannya sebab masing-masing kebuluran! Masa kat 7Eleven ni lah¬†first time kitorang ¬†merasa makan “roti Sabah” and ¬†you know what ,it taste good!

Ramai kawan-kawan cakap roti kat Sabah ni lain sikit rasa dia , keras lah , tak sedap lah , tawar lah ,  but for me ,rasa dia memang sedap. Kalau roti Gardenia tu , kau tertekan sikit je terus penyek tapi roti ni gebu gebas , makan seketul terus boleh kenyang! Sedih terlupa ambil gambar , kalau tak boleh share sikit rupa roti sedap tu.

Ok cukup cerita pasal roti.

Actually plan untuk petang tu kitorang nak pergi Monsopiad Cultural Village tapi Abang Adi kata tempat tu agak jauh dari bandar , takut tak sempat sampai sebab dah tutup. He then suggest us untuk visit Sabah State Museum sebab kat sana ada Heritage Village , so kenalah dengan niat hati yang kononnya nak pergi tengok cultural thing.

Tapi sedih! Sampai sana , kitorang ada setengah jam or 15 minit ntah masa tu sebelum museum tutup. Oh by the way , for your information , kebanyakkan tempat kat Sabah tutup awal. Tutup awal based on waktu jam tangan kau yang berasal dari semenanjung. Imagine jelah pukul 5 petang dah gelap!

So kitorang macam berjalan dengan perasaan yang “Alahhhhh apa niiiiiii…”. Tetiba Abang Adi jumpa pintu masuk ke Herritage Village! So apa lagi…. Sempatlah tengok sikit-sikit rupa rumah traditional dan beli souvenir kat sini.

img-20160306-wa0000

20160304_170856

So next , Abang Adi bawa tengok sunset! View sunset yang paling cun di KK of course-lah kat Pantai Tanjung Aru. Mood romantic spreading wild!

20160304_181434img_3876

Tak banyak benda yang boleh buat kat pantai ni selain bersantai-santai dan pesta selfie. So after about 1 hour , Abang Adi bawa kami ke Cocoa Boutique Kota Kinabalu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk peminat coklat , kat sini syurga dunia kau. Macam aku , memang hilang pedoman habis bila masuk tempat ni. Macam-macam jenis coklat ada kat sini , dari yang selalu kau pernah makan sampailah ke coklat yang weird. Paling over dia punya pelik ialah coklat perisa cili.

Boleh bayang macam mana rasa dia ? Kau masuk mulut , rasa dia manis gila. Melt kat dalam mulut. Pastu bila dia dah hilang dari mulut , haaa! pedas dia muncul.

Selain cili , perisa curry pun ada , betik , pisang , tongkat ali , tiramisu , kopi dan macam-macam lagi. Harga dia tak terlalu mahal dan tak juga murah sangat. Tapi masih mampu beli berkeping-keping jugaklah. Huhuhuhu.

8149712346_4e08fc3073

Gambar dari Google

 

Malam , lepas makan , kitorang berjalan ke pasar untuk cari ikan dan ayam untuk dibawa ke Kundasang esoknya! Wihuuuuuu BBQ mode ON! Harga ikan memang murah gila  , berbeza betul dengan pasar kat Pasir Gudang ni. Untuk bahan marinated BBQ , benda yang paling susah nak jumpa ialah sos blackpaper. Susah gila nak jumpa. Sangat! Cili atau benda pedas-pedas ni memang kurang senang kau nak nampak kat sini. Siapa yang tak boleh makan kalau tak pedas , harap bertabah.

Kalau bermalam di Kundasang , ramai yang suggestkan untuk belilah barang basah untuk dibawa ke sana sebab malam-malam susah nak cari tempat makan plus malam-malam tiada aktiviti sangat yang kita¬†boleh buat selain BBQ, sesi luahan perasaan , kira bintang , nyanyi-nyanyi ke kan…memang¬†tak bolehlah nak jalan-jalan waktu malam. Tak boleh.

Sekarang bayangkan kau ber-BBQ sambil mengadap Gunung Kinabalu. Fuh!

 

Next entry ,  #Day 3 : Kundasang!

 

Sabah : Part 2 – Tunku Abdul Rahman National Park

#DAY2

Hari kedua berada kat Sabah , Ya Allah , rasa bahagia sangat. Hahahahaa overly attached!

Pagi tu Kak Ju ketuk pintu bilik dalam pukul 5 pagi. Berpisat-pisat biji mata nak buka , nak-tak-nak kena bangun juga , perform Subuh , bersiap , packing barang dan breakfast. Aroun 7.30 pagi , Abang Adi , our tourist guide sudah bersiap-siap tunggu kat bawah.

Let’s go to the beach!

Jesselton Point Waterfront. Tempat yang buatkan kitorang excited pada awal pagi tu. Kami guna khidmat Kaunter number 10, Island Hop Express dan dapat pakej student so harga boat trip untuk ke 3 pulau dan snorkeling gear for 6 pax dapat dalam RM43. Murah dari apa yang dijangka.

Cost:

Island Hopping  RM43 per group + Terminal fee student RM3.82 per pax + Conservation Fee RM3 per pax , so seorang need to spend RM14 .

But then we need to pay few bucks more on our way back sebab 1 snorkeling gear hilang! Haih. *semua jeling Ainn*

We decide to go to :

  • Pulau Manukan
  • Pulau Sapi

 

IMG-20160306-WA0009

 

At first we plan to do Parasailing , only cost RM70.00 at Manukan , our first pit stop. Sebab percutian ni bukan percutian yang “mewah” , so kalau boleh jimat memang nak buat benda-benda yang jimat je. ¬†Pastu abang yang incharge kitorang cakap kat Manukan ada aktiviti Sea-walking! I’m the one who excited bout this activity sebab before ni kitorang ada borak-borak pasal sea-walking tapi harga dia terlampau mahal , tapi kat Manukan , Sea-walking only cost RM150 including cert and CD picture. Lepas abang tu register nama , semua bengang¬†¬†je memikirkan perbelanjaan dari RM70 naik ke RM150! Heheheehe. Sekali seumur hidup je kottt~

Pengalaman? Sumpah cuak! Masa nak turun dalam laut dengan paras 5meter kebawah , bila pakai topi oxygen yang beratnya 30KG , air laut yang sejuk gila , doa dan mengucap memang tak lekang dari mulut. Masa tulah macam-macam zikir ,doa makan , zikir taubat nasuha semua keluar.

Dalam takut , bila dah reda sikit¬†darah gemuruh¬†, tetiba keadaan akan rasa lebih tenang actually .Dia punya “nikmat” , SubahanAllah . Rasa tenang damai memang tak boleh nak gambarkan!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

For the next pulau , kitorang hanya buat aktiviti FREE , snorkeling . Bajet habis hahahaha.

Oh by the way , kalau nak pergi pulau , silalah bawa bekal makanan dan minuman. Air tin , snacks kat pulau-pulau ni harga memantol-mantol! Nasiblah kitorang memasing sangat tak kisah , sanggup berkongsi makan minum. Kalau tak…..imagine Coke 1 can , RM6. Beli 6 tin dah RM36 , campur keropok bodoh-bodoh tu RM5 1 pack…kempis.

IMG-20160306-WA0008

IMG_3782

 

 

Selalunya kalau area pukul 1 sampai¬†3 tengahari , aku memang akan cuba elak untuk duduk bawah panas. Tapi masa kat sini , lupa terus pasal kita ni Photophobia. Selalu berpanas mesti migraine , tak pun mata sakit….tapi masa ni Alhamdulillah sikit pun tak pening. Excited concur all i guess.

IMG-20160306-WA0003

Petang , lepas balik dari pulau , Abang Adi bawa pergi kilang coklat , Muzium Sabah dan Pantai Tanjung Aru. Since this post  all dedicated for Pulau ,kita sambung cerita petang kat different post.

See you next time! ūüôā

Sabah : Part 1 – Kota Kinabalu

#DAY1

I always wanted to go to SABAH.¬†Tak kira untuk study or holiday or working travel or maybe for settled down ūüôā Finally this year on March , me and my squad decided untuk fly ke Sabah!

Yesss!

¬†Flight dari JB kitorang ambil waktu¬†tengahari. Alasannya sebab takut¬†nanti memasing tak boleh bangun pagi nak gerak ke¬†airport haritu kalau ambil flight 7.00 pagi. Pastu menyesal sebab rasa macam wasting time sangat , sampai KK waktu petang and we¬†can’t do nothing selain cari tempat untuk dinner je malam tu.
Tapi takpe , first time , first experience. Next time sure akan naik flight pagi!

 

Cost flight ticket :

RM100 x 2 0rang = RM200 pergi balik.

Seorang dapat seratus je sebab masa ni ticket ke KK murah gila! Pergi balik actually RM80 + RM20 insurance.

 

Masa kat KK , kitorang stay kat Marina Court Resort Condominium untuk 2 malam.
Sangat best , sangat selesa sebab mesin basuh , dapur gas , peti ice segala bagai semua ada. Wifi pun ada!
Buka je tingkap , memang bau laut sangat sebab dekat dengan area Pasar Filipino. Dekat dengan segala-galanya , tempat makan , tempat shopping depan rumah , pasar malam… Kiranya memang senang dan best. Condo ni ada 3 bilik , sangat sesuai untuk family yang bercuti.

Cost : RM280 x 2 Malam = RM560 .

Kami divide berenam , so sorang RM93.40.

 

So lepas dah berebut bilik , masing-masing lintang pukang kejar jamak waktu Asar. Kitorang masuk umah masa tu lagi 20 minit nak maghrib… Waktu solat kat Sabah sangat awal dari semenanjung. Kekadang rasa macam “Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa?? Dah Asar dah? Baru pukul berapa ni”.
Pukul 5.30 pagi dah terang…..kalau kat area Kundasang pukul 5 petang dah gelap oi!
Malam kitorang makan kat area “Todak” atau nama lain dia Waterfront Kota Kinabalu.¬†On the way nak ke tempat makan , kitorang lalu kat Filipino Market nak tengok view. Ramai yang suruh makan kat situ , makanan dia pun boleh buat terbalik mata…Banyak gila! Tapi kawasan tu agak kotor at certain part. Plus! based on study yang kitorang buat , ramai yang kena food poisoning lepas makan kat situ. So baiklah TIDAK. Kalau memang betul-betul nak rasa makan kat situ , better makan kat kedai yang korang pilih ikan then dia masak instead of makan makanan yang sudah siap dimasak.
Makanan kat Sabah best.. especially chicken wing! Kitorang makan banyakkkkkkkkkkk gila chicken wing. Seafood dia pun best. Best in term of price. But for us , rasa dia kureng sikit…sebab tak pedas and cara masak totally lain dari kat semenanjung. So malam tu makan agak slow motion sikit. But still , tu lah nikmat kat tempat orang kan ūüôā

 

Pasar Philippine , Kota Kinabalu
Kedai Ikan Masin , Pasar Philippine

 

 

Cost makan seafood :

RM250 untuk 6 orang .

Kami divide berenam , so sorang RM41.70.

 

Lepas kenyang. Balik tido.
Sebab esok….
arghhhh excited!!!!
To be continue….